Thursday, October 9, 2008

Kehilangan

Hari ini 9 Oct 2008,bersamaan 9 Ramadhan 1429H aku telah kehilangan seorang anak yang hanya sempat berusia 15 minggu akibat keguguran yang dialami oleh isteriku.Ianya bermula pada 8 Oct 2008,jam 8.15 pm isteriku memberitahu sesuatu telah keluar yang sebenarnya adalah air ketuban anakku.Aku telah bergegas pulang lalu membawa isteriku ke Klinil ST Chong untuk pemeriksaan.Doktor Tan mengatakan bahawa anakku tidak dapat diselamatkan lagi hanya menunggu masa untuk dilahirkan.Isteriku telah menanggung kesakitan yang agak lama,hanya tuhan yang tahu penderitaan yang isteriku tanggung.Aku hanya mampu memberikan kata-kata semangat dan tepat jam 0520 isteriku telah melahirkan anakku yang memiliki berat hanya 200gm dan 20cm tinggi.Semua sifat-sifat telah sempurna kejadiannya.Cuma sepasang matanya yang masih tertutup rapat.Sewaktu dilahirkan anakku sudah tiada lagi dan doktor mengesahkan yang anakku adalah perempuan seperti yang diingini oleh isteriku.Isteriku telah menamakan anak kami sebagai Nur Fatihah.
Sesungguhnya Tuhan lebih menyayangi anakku dan hanya Dia yang maha mengetahui atas segala sesuatu.Kami menerimanya dengan redha.
Anakku telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Panching Utara pada jam 1115 am setelah dimandikan,dikafankan dan disembahyangkan.Aku berdoa agar anakku ditempatkan bersama orang-orang beriman.Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini.Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan hanya Tuhan yang menentukan.Semua ini adalah ketentuanNya.
Kepada isteriku,tabahkanlah hatimu...Abg tetap menyayangimu walau mcmanapun keadaan kita."Dari allah kita datang dan kepadaNya kita akan dikembalikan".Amin.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home